Diminta tutup ruang komen, imej Masya Masyitah dikecam hebat netizen

Sponsored

Imej penyanyi, Masya Masyitah berusia 22 tahun ini nampaknya dikecam hebat lagi oleh netizen. Masya Masyitah bagaimanapun merupakan salah seorang penyanyi muda yang sentiasa menjadi sorotan ramai dengan kejayaannya apabila dia juga seorang usahawan berjaya.

Bekas juara rancangan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada tahun 2014 ini juga mendapat perhatian di media sosial miliknya, Instagram (IG) dengan diikuti hampir 800,000 pengikut yang mana Masya Masyitah juga sering berkongsikan perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi dan perniagaannya kepada umum.

Sponsored

Sering jadi tumpuan di Instagram

Walau bagaimanapun, beberapa perkongsian foto Masya Masyitah sudah acap kali dikecam hebat apabila terdapat imej yang kurang sesuai untuk penampilan berhijabnya. Masya Masyitah bagaimanapun sering tular di media sosial kerana isu tersebut menjadi tumpuan ramai yang tampil mengkritik imejnya.

Sponsored

Terbaharu, Masya Masyitah sekali lagi ditinggalkan ratusan komen apabila netizen memberikan kritikan buat penampilannya yang dianggap tidak sesuai dengan dirinya dan kelihatan berbeza daripada sebelum ini sehingga dia juga diminta untuk tutup ruangan komen agar tidak dikecam lagi.

Diruangan komen, peminat juga ternyata meluahkan rasa kecewa dengan imej Masya Masyitah tersebut sehingga ada yang bertindak tidak lagi mengikutinya di Instagram miliknya itu.

Sponsored

‘Makin dah besar ni dah jadi tak minat dah…’

Masya

Kenapa Masya semakin berubah sekarang…’

Masya

‘Dulu minat dengan Masya ni…’