Pelakon wanita yang cukup popular dengan bakat lakonannya, Fasha Sandha menjadi antara selebriti yang diminati ramai. Selain bakat, keperibadiannya juga membuatkan ramai yang kagum dengan selebriti ini.
Umum sedia tahu Fasha Sandha memiliki dua anak dengan suaminya terdahulu iaitu Toh Muda Rizal Ashram atau lebih popular dengan panggilan Jejai. Dua anaknya itu diberi nama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Kedua-dua anaknya kini sudah semakin besar dan baru-baru ini anak Fasha Sandha tonjol bakat lakonan yang ada padanya. Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha berkongsikan aksi anaknya Putri Raysha Jemaima berlakon di pentas sekolah.
Berikut adalah perkongsian video anak Fasha Sandha tunjuk bakat lakonan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon itu baru-baru ini:
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha Sandha meluahkan anaknya, Jemyma sudah menunjukkan minat berlakon. Bagaimanapun bapa anak kecil ini tidak izinkannya untuk jadi pelakon tv atau pun filem.
“My 8 year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon. Unfortunately, dada tak izinkan jadi pelakon tv/ filem. Jemyma n Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang!
Good job Jemyma! Ibu Dada and Ayah proud of you!”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakat yang ada pada anak selebriti ini. Malah ada yang akui Jemyma sama seperti ibunya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian anak Fasha Sandha tunjuk bakat lakonan ini:
“Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi hihi..Comel plop tu”
“Cara jeling tu macam mak dia. Ok la pandai berlakon”
“Dah macam Fasha junior..Namak bakatnya terserlah! Mana tau one day dada izinkan..Yang penting belajar dulu dengan jayanya..Seimbang dunia akhirat”
“Super talented”