Kisah mengenai masalah rumahtangga yang dialami oleh pelakon dikenali dengan nama Hafidz Roshdi ini bukanlah baru. Kontroversi mula timbul selepas beberapa pendedahan dibuat di sosial media.
Pendedahan tersebut hingga menyebabkan warganet ‘menyiasat’ siapakah identiti wanita yang hadir dalam hubungan suami isteri ini. Biarpun begitu, wanita berkenaan dikenali dengan nama Athira Yuhada tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.
Isteri Hafidz Roshdi keluarkan kenyataan
Bagaimanapun isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada akhirnya memuat naik beberapa kenyataan di sosial media hingga membuatkan ramai yang sokongnya. Malah isu yang berlarutan ini juga turut membuatkan netizen mula ‘muak’ dan mendakwa ia adalah salah satu cara untuk memasarkan diri sendiri dalam industri hiburan.
Hafidz Roshdi ceraikan isteri talak satu
Walau bagaimanapun, pada petang Khamis industri hiburan digemparkan dengan berita pelakon lelaki, Hafidz Roshdi menceraikan isterinya. Memetik laporan Harian Metro, pelakon lelaki itu melafazkan cerai menerusi telefon bersaksikan keluarga isterinya.
Difahamkan Shuhada akan memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac nanti. Menerusi mStar, Hafidz Roshdi menceraikan isterinya ini disahkan oleh adik Nurul Shuhada, Sofea. Menurut gadis berusia 25 tahun ini, keputusan berpisah itu dicapai kedua-dua belah keluarga.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumahtangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Pasangan ini juga turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, berusia 6 tahun dan Umar, 2 tahun.