Kongsi Tips ‘Move On’ Dari Ex, Netizen Puji Cara Mawar Karim, “Memang Orang Yang Jujur, Cantik Lagi…”

Sponsored

Sebut sahaja nama Mawar Karim, pastinya ramai yang cukup kenal dengan usahawan tudung terkenal di Malaysia ini. Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ini telah ditemubual untuk berkongsikan tentang tips untuk ‘move on’ dari bekas pasangan.

Menurut Mawar, dia tidak mempunyai banyak pengalaman jika ingin bercakap soal ‘move on’ namun dia berkongsikan pandangan peribadinya. Jelas wanita itu, amat penting untuk seseorang itu bersyukur dengan apa yang dimilikinya termasuklah orang yang berada di sekeliling mereka.

Sponsored

“Saya tak ada tips, pengalaman pun tak banyak tapi yang penting bersyukur dan hargai apa yang ada di sekeliling kita.”

Tambahnya lagi, kita tidak perlu menyesali apa yang sudah berlaku sebaliknya mengambil pengajaran dari apa yang terjadi. Dalam masa yang sama, dia menganggap penting untuk setiap orang belajar dari kesalahan sendiri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi selepas itu.

Sponsored

“Kita tak tahu yang depan mata kita ni sampai bila. Tuhan pun maha adil, sebelum kita nak dapat sesuatu yang terbaik, ujian tu mesti ada.”

@hijabistamy

Biarlah dia bahagia, kita pun boleh bahagia betul? Jom move on! ikut tip Mawar Karim #iamhijabi #hijabistamagazine

♬ Motivation Music – Oleg Kirilkov

Perkongsian dari Mawar ini kemudiannya turut menerima sokongan dari netizen yang bersetuju dengan pendapatnya. Malah netizen turut memuji usahawan ini yang dilihat begitu matang dalam memberikan nasihat itu walaupun pernah terpalit dengan kontroversi perceraiannya bersama bekas suami.

Sponsored

“Mawar memang orang yang jujur, cantik lagi.”

“Mawar ni real cantik pernah jumpa depan-depan tak kedekut bagi kitorang tudung free, bagi anak jiran saya duit pastu jenis tak sombong ajak berbual.”

“Dia dah move on, cantik pulak tu. Netizen je yang panas, lebih-lebih.”

Sebelum ini, nama Mawar Karim menjadi bualan di media sosial selepas ada yang menuduh wanita itu mengeluarkan kenyataan memerli bekas suaminya. Malah Fizo juga turut membalas kenyataan itu yang dianggap sebagai satu fitnah buatnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok