Anak Shuib, Uwais Manja Dengan Atuk, Ayatnya Sangat Mendalam Seakan Faham Orang Disayangi Akan Pergi Juga…

Sponsored

Lebih setahun pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah, sehingga ke hari ini namanya masih disebut-disebut dengan kebaikan pernah dibuat oleh Allahyarhamah. Pemergiannya meninggalkan anak-anak, suaminya Shuib dan ibu bapanya yang sentiasa mengingati Siti Sarah.

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan gelagat anak Shuib, Uwais manja dengan atuk telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dipaparkan Uwais atau nama penuhnya Uwais Al-Qarni sedang berbaring dengan datuknya, Raissuddin Hamzah.

Sponsored

Nampaknya kanak-kanak tersebut bermanja dan ingin tidur bersama datuknya. Kedengaran suara isteri kepada Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi berkata kepada cucunya bila sudah dewasa nanti tidak lagi boleh tidur dengan atuk kerena sudah mempunyai isteri.

“Kalau macam tu Uwais dah besar Uwais dah kahwin takkan isteri Uwais nak tidur dengan atuk”, kata Siti Fatimah.

Sponsored
@suciuwais

Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok #fyp #anxiety

♬ Buah Hati – Armada

Namun jawapan Uwais kemudiannya telah membuatkan ramai tidak sangka. Katanya bila dewasa nanti atuk dah meninggal dan dia tidurlah dengan isteri.

“Tak adalah. Atok dah meninggal waktu tu, Uwais tidurlah dengan isteri Uwais,” kata Uwais manja dengan atuk ini.

Sponsored

Kelihatan Raissuddin mengusap-usap rambut cucunya itu tanpa berkata apa-apa. Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan reaksi sebak kerana jawapan Uwais yang seakan memahami erti kehilangan itu.

“Haaah sudah..Cucu keluarkan statement kat atuk macam tu..Hahaha”

“Mesti anak rindu emak Sarah. Macam atuk rindukan anak Sarah. Cucu pengubat rindu atok pada Sarah”

“Hadoiii nak lawak pun ada..Nak sedih kan atuk pun ada”

“Jawapan dia mendalam sebenarnya. Dia mesti dah faham orang yang dia sayang akan pergi jugak akhirnya”

SumberTikTok