Rizky Billar Luah Rasa Terkilan, Wajah Anak Dihina Hodoh Oleh Netizen Indonesia, “Kanak-Kanak Lain Nampak Comel Tapi Bayi Ini…”

Sponsored

Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial malah mereka juga turut mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram. Selepas kontroversi yang melanda rumah tangga mereka, pasangan ini kembali memulakan hidup baru bersama-sama.

Baru-baru ini, Rizky meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen di Indonesia yang mengutuk wajah anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih yang baru berusia setahun ini. Difahamkan, Rizky memuat naik sebuah video di Instagram menampilkan anaknya sedang bermain sambil memakai topi dari sebuah jenama mewah.

Sponsored

Namun hantaran itu telah menerima kutukan dari netizen yang menegur tentang rupa paras bayi itu yang dikatakan hodoh walaupun memakai pakaian berjenama seperti itu. Malah individu tersebut juga turut membandingkan anaknya dengan bayi lain yang dikatakan jauh lebih comel.

“Kanak-kanak lain pakai topi jenama Fendi nampak comel. Tapi bayi ini tetap hodoh, apa pun yang dipakai anak ini seperti barang buruk.”

Sponsored

Terkilan dengan kritikan yang diberikan itu, Rizky mempersoalkan mengapa netizen di Indonesia sering menjadikan anaknya sebagai sasaran mereka. Dia juga turut berkongsikan pengalamannya membawa anaknya itu semasa mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Sekadar bercerita, ketika kami menunaikan umrah kelmarin, anak kecil ini begitu dihargai oleh orang-orang di sana. Baik orang Arab atau berbagai. Anak saya selalu disapa dan membuat orang-orang di sana berasa senang. Tetapi di sini, berbeza. Ya Allah.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Rizky turut berharap orang ramai yang membenci dia atau isterinya untuk berhenti memberikan kecaman terhadap anaknya itu. Apatah lagi kanak-kanak itu langsung tidak ada melakukan apa-apa kesalahan.

Terdahulu, Rizky Billar didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya sehingga memaksa wanita itu membuat laporan polis. Malah lelaki itu juga didakwa curang dan menjalinkan hubungan songsang namun Lesti kemudian menarik semula laporan polis tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo