Anak Tomok Tertumpahkan Pengilat Kuku Terkena Pakaian Di Butik, “Tolong Saya…”

Sponsored

Kemeriahan menyambut Aidilfitri kian dirasai. Ramai umat Islam sudah mula berbelanja untuk menyambut perayaan paling dinantikan. Ini termasuklah selebriti tempatan yang turut membawa seisi keluarga untuk membeli-belah sempena menyambut perayaan ini.

Bagaimanapun satu kejadian tidak disangka telah berlaku kepada penyanyi, pelakon dan usahawan ini. Kejadian tersebut adalah anak Tomok tertumpahkan pengilat kuku dan terkena pada pakaian di butik L’evis!

Sponsored

Tomok bertanggungjawab beli semua…

Menyedari keadaan tersebut, Tomok cuba untuk bertanggungjawab dengan mahu membayar kesemua baju dan seluar yang terkena pengilat kuku berkenaan. Namun kesemua pakaian tersebut selepas diskaun, harganya ialah RM5,593.

Sempat juga Tomok berkongsikan keadaan seluar dan baju yang anak Tomok tertumpahkan pengilat kuku tersebut. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun media sosialnya itu:

Sponsored

Tomok akui kekhilafan

“Anak saya tertumpahkan kutex. Bukan pada satu tapi pada beberapa helai. Dengan total selepas diskaun RM5,593. Saya minta tolong gais. Jadi saya nak juallah semula, sebab bukan saiz saya. Tak pe saya bayarlah dulu. Saya fahamlah ini memang salah saya. Doakan saya, siapa yang nak beli boleh DM saya. Sehelai RM1,200. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya.”

Reaksi dan cadangan peminat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti terkejut dengan situasi dialami oleh Tomok ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Cuba plan buat satu tabung keikhlasan untuk Tomok. InshaAllah ramai yang akan bantu”

“Tapi bagusnya Tomok ni sabar ek dia. Kalau orang lain da rekod2 bergadoh tak nak kalah. Lembut je Tomok bercakap”

“Allahu. At least abang ada modal dan boleh keluar kedai. Kalau saya mau ikat kontrak dengan Levis terus”

“Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat ayang yang hebat ni. Tahniah Tomok sebab bersikap tenang”