Penyanyi terkenal, Nabila Razali memaklumkan kepada orang ramai agar tidak keliru dengan gimik atau ‘teaser’ untuk muzik videonya (MV) bagi tujuan promosi sebelum orang mengecam dan mengkritiknya.
Menurut laporan, Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengatakan dia tidak boleh lari dari tanggapan orang ramai menganggapnya sebagai ‘ratu gimik’, namun dia akan cuba sedaya-upaya berkarya dengan sekreatif yang mungkin dalam industri seni.
“Saya tidak mahu buat promosi biasa saja. “Contohnya, hai semua saya ada lagu baharu ni dan dengar ya. Mana ada orang nak layan macam itu. Malah, penjual kereta pun akan buat promosi macam-macam di luar,” ujarnya Ketika ditemui Harian Metro.
Penyanyi yang berusia 30 tahun itu menyatakan setiap artis termasuk dirinya sendiri mempromosikan lagu mereka secara berbeza. Malangnya, segelintir individu di luar sana yang menganggap kalau muzik videonya, pasti ada gimik.
Sementara itu, ditanya perasaan dilabel ‘ratu gimik’, malah pelantun Pematah Hati itu berkata dia tidak kisah dengan gelaran itu kerana bukan saja dirinya masih ‘disedari’ ada di dalam industri muzik tapi paling penting lagu yang dikeluarkannya diketahui ramai dan terkenal.
“Tidak boleh pukul rata saja antara gimik dan ‘teaser’. Kedua-duanya tetap ada beza. Cuma, saya tegaskan apa yang dibuat sebelum ini untuk cara promosi lagu-lagu saya adalah ‘teaser’,” katanya.
Sebelum ini, Nabila juga pernah mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja untuk mempromosikan single baharu berjudul Aku Terluka.
Nabila sebelum ini berdepan kritikan netizen selepas berkongsi gambar majlis perkahwinannya dengan penyanyi rap MK K-Clique. Namun, Nabila tidak menganggapnya sebagai gimik murahan, sebaliknya sebagai teaser untuk mempromosikan lagunya, Aku Terluka.
Nabila baru-baru ini mengeluarkan single berjudul Tulus bersama pasangan duetnya Adi Priyo, yang menyatakan tiada gimik digunakan untuk mempromosikan lagu tersebut kerana ia mempunyai melodi dan lirik yang mantap.