Azad Cuba Rasa Sakit Sengugut Wanita, “Patut Bagi Sol & Hafiz Pengalaman Ni”

Sponsored

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung semalam, penyampai radio Era FM, Azad cuba rasa sakit sengugut wanita menggunakan sebuah mesin khas.

Menerusi satu muat naik di sosial media milik pelakon dan penyampai radio ini dipaparkan reaksi Azad yang tidak dapat menahan sakit sama seperti sengugut yang dialami ramai wanita di luar sana bila datang bulan.

Sponsored

Dari awal hingga ke akhir, reaksi Azad tidak dapat menahan rasa sakit tersebut dengan menjerit. Berikut adalah perkongsian rakaman Azad cuba rasa sakit sengugut wanita menggunakan mesin khas ini:

Menerusi ruangan kaspsyen, diceritakan yang aktiviti dilakukan Azad ini adalah cabaran dari penyampai Mix FM. Malah turut diberitahu yang dirasai Azad itu hanya level 4 dan katanya rasa macam dah nak terberanak!

Sponsored

Perkongsian rakaman ini telah membuatkan ramai wanita akui memang begitulah yang mereka perlu hadapi setiap kali datang bulan. Malah ada juga yang mencadangkan supaya selebriti yang sedang berhadapan masalah rumahtangga seperti Syamsul dan Hafidz untuk mencuba guna mesin ini supaya lebih menghargai isteri mereka.

Selain dari itu ada juga netizen yang meminta untuk pihak mahkamah menggunakan mesin ini di mahkamah syariah supaya para suami tahu apa yang perlu dilalui para isteri. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

Sponsored

“Patut bagi Sol dan Hafidz rasa pengalaman ni”

“Tu baru sakit yang kat perut…Biasa sesetengah wanita kalau period siap ada pakej sakit kepala…Kembung..loya..badan panas”

“Saya cadangankan mahkamah syariah sediakan mesin ni khas dalam bilik kaunseling. Untuk lelaki nak cerai sebab kantoi curang, naikkan sampai level langit ke 7, biar dia meletup terus”

“Bagus buat macam ni. Baru lelaki2, suami2 tau sakitnya kaum hawa time period. Belum lagi yang kena senggugut dan migrain sekaligus. Memang tak boleh nak bergerak nak buat apa”