Baru-baru ini pelakon wanita dikenali dengan nama Nadia Brian meluahkan rasa tidak senangnya mengenai satu kejadian yang berlaku. Menerusi pendedahan Nadia Brian berang usahawan ambil video tanpa persetujuan darinya dan memuat naik di TikTok.
Menerusi luahan Nadia Brian, dia akui video yang dikongsikan menerusi akaun usahawan wanita mengelarkan dirinya madam itu adalah keterlaluan. Malah ianya satu perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah pelakon tersebut.
Berikut adalah perkongsian dari Nadia Brian berang usahawan ambil video tanpa persetujuan terpekik-pekik yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok pelakon wanita ini:
Menerusi ruangan kapsyen, Nadia Brian mendedahkan perkara tersebut telah memalukannya dan bertanyakan apakah jenis content yang dihasilkan itu?
“This is too much! Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking2 saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni!”
Malah Nadia akui akan mengambil tindakan dan mengingatkan supaya jangan gunakan maruah orang seperti itu. Selain dia juga memberitahu kehadirannya di situ adalah untuk mencari rezeki dan bukan untuk diperlakukan sebegitu.
“Sy akan ambil tindakan! Sebab awk ada duit, awk boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan PERCUMA! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan mcm ni walaupun sekadar CONTENT! “