Azhan Rani Luah Sukar Selesaikan Babak Dalam ‘Anak Tuan’, Penonton Akui Puas Tonton..

Sponsored

Nama Azhan Rani dan Fasha Sandha sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Digandingkan dalam sebuah cerekarama di tayangan pada hujung minggu lalu, ramai yang memuji lakonan Azhan Rani dan Fasha Sandha.

Bakat lakonan mereka memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Berilah apa juga watak dapat dilakonkan dengan baik sekali. Malah turut mengusik emosi penonton mengikut keperluan babak dilakonkan mereka.

Sponsored

Terbaharu telefilem berjudul Anak Tuan menjadi bualan ramai. Azhan Rani luahkan tidak kuat untuk tonton hasil Anak Tuan selepas satu peristiwa berlaku ketika pengambaran. Peristiwa kemalangan yang berlaku pada Fasha Sandha sangat memberikan kesan kepadanya.

Malah Azhan Rani turut memuji sikap positif Fasha Sandha yang masih tekad untuk meneruskan rakaman Anak Tuan ini. Selain dari itu, Azhan Rani akui susah baginya untuk menjayakan babak-babak selepas insiden tersebut.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji hasil lakonan Azhan Rani dan Fasha Sandha dalam Anak Tuan ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Memang best sangat jalan ceritanya sedih geram marah kesian semua bercampur aduk..Tahniah pada Fasha Sandha dan semua yang menjayakan drama ini semoga semuanya sentiasa sihat dan murah kan rezeki nya dan mendapat berakoh aminn”

Sponsored

“Satu2 drama Melayu yang buat aku stay tengok sampai habis. Cite yang sangat best sampai kita pun terikut emosi hahaha”

“Real actor n actress. Tak nak pelakon sendu. Tak nak pelakon boring asyik cute2 comel. Both r superb”

“Semua pelakon memang terbaik even yang baby Afiq tu pun pandai. Cuma tertanya, kenapa tajuk dia anak tuan? Sampai sekarang saya cuba hadamkan”