Azhan Rani Tegur Trend Aneh Baju Melayu Ketat, Ramai Sokong – “Spesis Ni Jangan Singgah Rumah Aku Raya Nanti”

Sponsored

Tidak dinafikan trend baju hari raya hari ini sudah semakin moden. Namun dalam berfesyen pastinya perlu berpada-pada supaya tak hilang tradisi dan kesopanan melayu kita ditelan dek zaman.

Jika tidak kita sendiri peliharanya siapakah lagi? Baru-baru ini pelakon dikenali dengan nama Azhan Rani menyuarakan pendapatnya mengenai baju melayu ketat yang nampaknya kian menjadi trend biarpun nampak aneh.

Sponsored

Dalam satu muat naik di Instagram Azhan Rani baru-baru ini dia menyuarakan tidak berkenan melihat baju melayu ketat digayakan pada hari raya. Malah pelakon terkenal menerusi watak Ustaz Madi ini turut meminta sesiap yang menggayakan pakaian sebegitu untuk tidak datang beraya ke rumahnya nanti.

“Semoga spesis baju melayu ketat2 ni jangan singgah rumah aku raya ni atau pastikan berada sekurang2nya dalam radius 10km dari rumah aku.” Tulis Azhan Rani di muat naiknya baru-baru ini.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian penuh Azhan Rani tegur trend aneh baju melayu ketat yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini:

Meninjau di ruangan komen perkongsian luahan Azhan Rani tegur trend aneh baju melayu ketat ini, rata-rata warganet setuju dengan pendapat pelakon ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Apolah buat paru2 sesak nak nafas je..Kain melambak ado”

“Anggap je la orang minyak dah terlepas”

“Spesis lupa diri bang..Mau masuk Perlis kena rejam dalam kok..”

“Tapi tu yang buat mata ustaz madi terbeliak tu”