Anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini sering mencuri tumpuan netizen di media sosial. Baru-baru ini, gelagat Lara Alana semasa menghadiri sebuah majlis berbuka puasa telah menjadi tular di platform Tik Tok dan menerima hampir sejuta tontonan setakat ini.
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Hael Husaini yang sedang menyanyi dan membuat persembahan di majlis berbuka puasa sebelum dia spontan pergi ke Lara dan duduk di sebelahnya. Hael kemudiannya meneruskan nyanyiannya seperti biasa sambil memandang ke arah Lara.
Gelagat spontan dari Hael ini kemudian membuatkan kanak-kanak itu tersipu malu dan hampir tidak senang duduk dibuatnya. Malah muka Lara juga turut kelihatan merah seperti menahan malu apabila diusik oleh Hael secara tidak semena-mena.
Perkongsian video dari Awal Ashaari ini telah mencuit hati netizen yang terhibur dengan reaksi comel Lara semasa diusik oleh Hael. Malah rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya yang tersipu-sipu malu gara-gara tindakan spontan penyanyi itu.
Dalam masa yang sama, netizen turut memahami perasaan Lara yang mungkin terkejut dan terkedu apabila dirinya menjadi perhatian ramai. Malah ada juga yang berseloroh mengatakan Hael telah ‘di-reject’ oleh Lara Alana di hadapan tetamu yang hadir.
“Eeee comelnya, aunty terbayang terus macam mana lah nanti orang ngorat Lara bila besar nanti.”

“Alaaa dia dah pandai segan-segan lah.”

“Muka dia blushing teruk, comel je.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.