Azhan Rani luah terkilan tajuk akhbar mengenai Fasha Sandha cedera, “Lepaskan saja emosi korang pada aku..”

Sponsored

Insiden secara tak sengaja yang berlaku ketika sesi pengambaran melibatkan Azhan Rani dan Fasha Sandha beberapa hari lalu telah mencuri perhatian ramai. Disebabkan kejadian tersebut Fasha Sandha mengalami kecederaan di mukanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Azhan Rani luah rasa terkilan tajuk akhbar yang melaporkan kejadian tidak disengajakan itu menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian pelakon berbakat besar ini, dipaparkan tajuk akhbar berkenaan seperti berikut:

Sponsored

Menulis di ruangan kapsyen, Azhan Rani meluahkan dia belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kejadian kemalangan yang berlaku di lokasi penggambaran tersebut. Turut diluahkan emosi dan perasaan dirinya tidak penting di saat ini.

Apa yang penting adalah doa orang ramai untuk Fasha Sandha kembali dan cepat pulih dari kecederaan.

Sponsored

“Dah headline tulis gitu aku nak cakap apa lagi. aku sendiri belum bagi apa2 kenyataan. buat masa ni emosi aku, hati aku perasaan aku tak penting pun. aku cuma minta sama2 kita jangan putus doa untuk dia. moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu.”

Selain dari itu, Azhan Rani turut bertegas akan membiarkan ‘tuan badan’ yang mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan dahulu mengenai apa yang terjadi. Dia turut memohon orang ramai untuk membiarkan Fasha mendapatkan rawatan terbaik dulu.

Sponsored

“Yang dah jadi telah pun jadi. macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi korang pada aku kalau itu boleh melegakan korang tapi mohon sama2 mendoakan untuk @fashasandha agar dia cepat sembuh.

“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dulu. berilah ruang pada dia untuk dapat rawatan terbaik terlebih dulu.” tulis Azhan Rani luah rasa terkilan mengenai perkara tersebut.