Dikenakan Caj Tambahan Sebab Bawa Barang, Wanita Berang Dengan Tindakan Pemandu Grab Ini

Sponsored

Tular di media sosial baru-baru ini, pengalaman seorang wanita semasa dia menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab. Di dalam video yang dimuat naiknya ini, dia memberitahu terpaksa membayar lebih dari caj yang dikenakan gara-gara membawa barang-barang yang dibelinya.

Pemandu Grab tersebut memberitahu para penumpang sememangnya perlu membayar lebih jika mahu membawa barang-barang masuk ke dalam kereta. Malah pemandu itu yang mendakwa sudah bekerja selama lima tahun sebagai pemandu Grab memberitahu barang yang dibawa penumpang itu juga penuh di dalam bonet keretanya.

Sponsored
@_zynbl

Spe yg bwk grab tu tlg explain jap mmg rule grab mcm ni eh? Kalau bwk brg2 yg kite bwk ada cas penambahan lagi? New rules grab 2023 ke ni? 😅 #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ original sound – BELL – BELL

Penumpang itu sempat merakamkan video di dalam kereta di mana dia mempersoalkan tindakan pemandu tersebut meminta caj tambahan. Namun pemandu itu mengatakan memang peraturan itu telah ditetapkan dan sebelum ini juga dia pernah melakukan perkara yang sama pada penumpang lain.

Pada awalnya, perjalanan selama tiga minit itu hanya dikenakan caj sebanyak RM6 sahaja namun ia kemudiannya berubah kepada RM11. Menurut pemandu itu, bayaran sebanyak RM5 itu dikenakan sebagai caj tambahan kepada barang-barang yang dibawanya.

Sponsored
@_zynbl

Replying to @GrabMY done explain🙂 semoga dgn penjelasan ni korang boleh faham 😅 sbb kekok nak ckp semenanjung tu yg gagap sikit 😂 #fyp #fypシ゚viral #fypsarawak #paritrajabatupahatjohor #anakrantau

♬ original sound – BELL – BELL

Perkongsian video itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang tertanya-tanya dengan caj tambahan yang dikenakan itu. Malah ramai yang mengatakan tidak pernah dikenakan caj seperti itu setiap kali membawa barang menaiki perkhidmatan e-hailing ini.

Difahamkan, isu ini juga turut menerima perhatian akaun rasmi Grab yang mengambil maklum tentang kejadian itu. Penumpang wanita itu juga memberitahu telah membuat aduan secara rasmi untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan syarikat itu mengenai tindakan pemandu ini.

Sponsored

“Aku luggage punya besar. Takde kena cas pun. Driver siap tolong angkat.”

“Nasib kena pada orang yang ada duit, buatnya orang tu memang cukup-cukup je ada duit di tangan? Tak ke aniaya orang?”

“Good job sis, I pun pernah kena macam ni, mak cik jugak driver ni, silap-silap mak cik yang sama.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok