Bakat Dan Emosi Hebat Puteri Balqis Dipuji Ramai, “Kalau Versi Dewasa Ada Ummi Nazeera…”

Sponsored

Memulakan kariernya dalam bidang lakonan sejak usianya masih kanak-kanak, Puteri Balqis antara bintang yang bersinar sejak di awal usianya lagi. Kini Puteri Balqis sudah pun meningkat remaja dan dia antara pelakon yang kian mendapat perhatian ramai.

Terbaharu muat naik Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian di Instagram dengan nama akaun moreschild itu dipaparkan anak muda ini dengan pelbagai gaya dan aksi.

Sponsored

Antaranya Aqish menjadi pengantin dan dalam keadaan sedih, ada yang tersenyum dan sebagainya. Kepelbagaian emosi hebat Puteri Balqis ini telah membuatkan ramai teruja.

Berikut adalah rakaman dengan paparan bakat dan emosi hebat Puteri Balqis yang dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi milik pelakon ini:

Sponsored

Melihatkan kepelbagaian emosi lakonan Puteri Balqis ini sahaja dapat membuktikan yang dia adalah pelakon hebat. Manakan tidak, air mata yang mengalir di pipi boleh dilakonkan dengan baik sekali.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil karakter lakonan Puteri Balqis ini. Malah ada juga yang mengatakan bakat ada pada Puteri Balqis ini setanding pelakon popular, Ummi Nazeera. Berikut antara reaksi ramai mengenai video yang dimuat naik ini.

Sponsored

“Mana nak cari ni..Tak pernah lagi tengok lakonan Aqish yang terbaru nimm”

“Karakter ni hidup sebab Aqish ada deep emotions yang dia boleh salurkan dengan mudah. Its rare and raw..”

“Apa ni apa ni…Aqish tolong la jangan besar lagi..Haha”

“Kalau versi dewasa kita ada Umi Nazeera. Kalau remaja kita ada Aqish”