“Saya Bukan Samseng”, Sharnaaz Ahmad Jawab Tuduhan Tidak Benar Mengenainya

Sponsored

Semalam kecoh di media sosial dengan video kehadiran Sharnaaz Ahmad di mahkamah bagi pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu. Video dengan paparan pelakon ini tampil berpakaian kemas dan bertubuh tegap telah menjadi buah mulut ramai.

Malah baru-baru ini Sharnaaz Ahmad atau nama penuhnya Sharnaaz Basir Ahmad telah memuat naik ciapan di Twitter setelah ditegur oleh seseorang.

Sponsored

Dalam muat naik itu, individu berkenaan menegur supaya Sharnaaz berkelakuan baik agar menjadi contoh kepada orang lain memandangkan status sebagai selebriti.

“Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.

Sponsored

Malah individu berkenaan turut menuduh Sharnaaz kalau mahu jadi samseng carilah yang setanding.

“Sharnaaz, awak belum bertemua ruas lagi. Takut nanti awak yg lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yg setanding.”

Sponsored

Disebabkan teguran dan nasihat tersebut, Sharnaaz Ahmad jawab tuduhan yang dia bukanlah samseng dan individu itu tersalah anggapan mengenai kejadian yang berlaku.

“Baik uncle. Terima kasih atas nasihat.. sy bukan samseng.. sy pun dah lunyai dgn salah anggapan.. sy ok je mana mana pun.. mafia pun ok, popia pun ok..

Selain dari itu Sharnaaz turut menyatakan yang apa diajar ayahnya adalah untuk mempertahankan diri.

“Yg penting, bila di pijak, bangun Pijak balik.. Itu ayah sy ajar.. Kita fighter untuk diri kita sendiri.. Itu cara sy ya uncle.” Tulis Sharnaaz Ahmad jawab tuduhan tersebut.

Berikut adalah muat naik ciapan oleh Sharnaaz Ahmad yang menjawab tuduhan dia samseng berkenaan: