“Bangga dengan kejayaan wanita berdua ni”- Kejelitaan Wawa Zainal & Fazura dalam satu video jadi bualan ramai

Sponsored

Kalau sebut nama dua pelakon jelita, Wawa Zainal dan Fazura tentu ramai yang mengenali mereka dimana bukan kerana paras rupa jelita kedua-dua selebriti ini sahaja yang membuatkan ramai suka malah bakat mereka apabila berlakon sememangnya meninggalkan kesan buat peminat.

Walau bagaimanapun, umum sedia tahu bahawa Wawa Zainal mahupun isteri kepada pelakon terkenal Fattah Amin itu tidak lagi terlalu aktif dalam dunia lakonan. Ini kerana mereka sudah berjaya menempa nama dalam dunia perniagaan pula.

Sponsored

Jadi usahawan wanita berjaya

Wawa Zainal dalam jenama kosmetik miliknya Wawa Cosmetic bukanlah satu jenama yang asing lagi dalam dunia kosmetik dan begitu jugalah Fazura. Kedua-duanya juga popular sebagai usahawan tudung.

Sponsored

Terbaharu pula peminat dan warganet begitu teruja kerana dapat menyaksikan dua wanita berjaya ini dalam satu rakaman video. Difahamkan mereka yang mengayakan busana serba merah ini menghadiri sebuah majlis. Kelihatannya isteri kepada pelakon, Aeril Zafrel ini sempat mengambil kenangan bersama Fazura sehingga gelagat cantik mereka itu tular di media sosial.

@fazura.klstokis

Fazura Wawa dua2 cantikk dan berjaya 😍✨ #fazura #wawazainal #fyp

♬ Unstoppable – Sia

Pemilik akaun tersebut turut memberikan pujian terhadap mereka yang dalam pada masa sama mengundang rasa bangga bagi peminat melihat kejayaan kedua-duanya.

Sponsored

‘Fazura ni aura dia kuat betul, apa tangkalah dia pakai’

Fazura

‘Cantiknya dua dua Wawa dan Fazura’

Fazura

‘Dua-dua gorgeous mom. Daddy-daddynya pun hensem hensem belaka’

‘Cantik kedua-duanya’