Muat Naik Projek Terbaharu, Kecantikan Puteri Sarah Dipuji Ramai, “Angelina Jolie Malaysia”

Sponsored

Biarpun kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih heboh diperkatakan, namun pelakon wanita ini terus move on dengan kehidupan dan keriernya. Dalam berbalas kenyataan, Puteri Sarah masih aktif bekerja sebagai seorang pelakon.

Malah kini Puteri Sarah sedang sibuk di set penggambaran drama Andai Itu Takdirnya. Untuk info, drama ini adalah dari adaptasi novel popular dengan judul sama.

Sponsored

Dalam beberapa muat naik projek terbaharu, Puteri Sarah turut bergambar dengan Hannah Delisha yang juga membintangi drama ini. Dua pelakon jelita bergabung dalam sebuah naskah sememangnya membuatkan ramai teruja.

Drama Andai Itu Takdirnya ini diarahkan pelakon drama popular Khan Mancung. Setiap kali Puteri Sarah memuat naik mengenai projek terbaharu bersama pelakon jelita ini membuatkan ramai yang teruja.

Sponsored

Ini pula satu lagi muat naik projek terbaharu Puteri Liyana membintangi drama tersebut di samping dua lagi pelakon lain yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja menyaksikan perkongsian tersebut. Selain dari ramai yang meninggalkan reaksi mengenai rumahtangganya, ada juga yang memuji kecantikan Puteri Sarah ini.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Fuhh cantik semua tak tahu nak komen cuma bagi emoji jelah”

“Lawa la awak Puteri Sarah..Nama seindah rupa. Moga berjodoh yang baik-baik”

“Semoga Sarah dapat move on. InshaAllah akan bahagia semula macam Fasha dan Kak Lina Pompom. Contoh terbaik wanita yang tabah”

“Angelina Jolie Malaysia”