“Mcm tak sporting ja, cian Bella”- Aedy Ashraf didakwa tak ‘promote’ drama bikin peminat persoal

Sponsored

Drama Kerana Cinta Itu Ada nampaknya menjadi antara drama pilihan peminat terbaharu di kaca televisyen selepas mulai bersiaran pada 28 Disember lalu. Ia mengandingkan dua pelakon hebat iaitu Nabila Razali dan Aedy Ashraf.

Kini episod drama Kerana Cinta Itu Ada memaparkan konflik yang dialami oleh dua watak utama itu dimana Nabila Razali membawa peranan sebagai Nabila Aulia manakala Aedy Ashraf pula sebagai Aisy Mateen.

Sponsored

“Tengah tengok #AisyBella ke tuu?, Cer komen sikit…” tulis Nabila Razali diruangan kapsyen dan menerusi hantaran tersebut Nabila Razali memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia dan Aedy Ashraf. Nabila Razali diruangan Instagram peribadinya itu sering menjadi sorotan ramai apabila dia dilihat aktif berkongsikan perkembangan drama tersebut kepada peminat dan pengikut.

Namun begitu, nampaknya muatnaik tersebut membuatkan ada peminat yang mempersoalkan Aedy Ashraf sebagai watak hero yang dikatakan kurang mempromosikan drama tersebut di media sosial.

Sponsored

Aedy Ashraf dipersoal peminat

‘Lagi best kalau hero pun promote cerita ni plus trendingkan dekat Twitter’

Sponsored

Meskipun begitu, dalam setiap hantaran Nabila Razali mengenai drama lakonannya bersama Aedy Ashraf tersebut menerima komen positif ramai dengan hasil lakonan mereka.

‘You both sesuai and kalau berjodohan saya paling happy’

Aedy Ashraf

‘Ada perasaan geram, puas hati dan kesian dalam episod Kerana Cinta Itu Ada’

Aedy Ashraf

‘Tak sabar nak tunggu Bella Maaf kan Aisya’