Sejak kebelakangan ini, isu orang ketiga atau ‘penyondol’ semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti tanah air. Macam kisah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan diganggu orang ketiga di mana wanita itu akhirnya tampil memohon maaf di atas tindakannya itu.
Baru-baru ini pula, pelakon Yuna Rahim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai seminggu turut berkongsikan mengenai ‘penyondol’ yang cuba mendekati suaminya. Di dalam hantaran yang dimuat naik di Tik Tok itu, Yuna berkongsikan paparan mesej yang dikirim kepada suaminya.
Di dalam mesej tersebut, wanita itu meminta kebenaran dari suaminya, Nurakmal untuk menjadi kawan kepada Yuna. Individu itu meminta kebenarannya dengan alasan dia sudah lama berkawan dengan Akmal dan kini mahu berkawan dengan isterinya pula.
“I dah lama jadi kawan u. But since u dah kahwin, i nak jadi kawan wife u (Yuna) pulak. Boleh tak? Sebab rasa lagi proper. Kami kan sama-sama perempuan.”
Semasa berkongsikan paparan mesej itu, Yuna turut meluahkan rasa geli geleman apabila wanita tersebut mahu berkawan dengannya pula tanpa motif. Malah dia turut meluahkan rasa bimbang melihat perangai segelintir wanita zaman sekarang ini yang semakin berani menganggu rumah tangga orang lain.
“Beraninya perempuan zaman sekarang ni. Aku tak nak tambah kawan dah geli lah.”
Perkongsian yang dimuat naik di Tik Tok itu kemudiannya dipadamkan selepas ianya meraih perhatian ramai termasuklah rakan pelakon Fatin Afeefa yang menasihatinya untuk berhati-hati. Malah kebanyakan netizen juga turut meminta Yuna untuk berhati-hati kerana ia dianggap seperti cubaan menyondol secara halus.
Netizen juga turut meluahkan rasa terkejut dengan cubaan berani individu itu memandangkan pelakon itu baru sahaja berkahwin tidak sampai seminggu. Sekadar info, pelakon Yuna Rahim dan Nurakmal selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu dengan sekali lafaz.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.