Peminat tak percaya Yuna Rahim kahwin, dipuji muka macam budak sekolah “Em ni bukan berlakon kan”

Sponsored

Buat yang pernah menonton drama Angkara Cinta tentu cukup familiar dengan wajah pelakon comel, Yuna Rahim ini. Walau bagaimanapun, terbaharu peminat Yuna Rahim nampaknya terkejut dengan berita gembira pelakon jelita tersebut yang turut tular dilaman TikTok.

Menerusi perkongsian beberapa rakaman video, Yuna Rahim dilihat begitu gembira disebelah seorang jejaka yang juga merupakan seorang kru produksi dan pemuzik, Muhammad Nurakmal Ayub. Rakaman ini bagaimanapun mengundang tanda tanya peminat adakah benar pelakon Sweet Dreams ini berkahwin.

Sponsored

Wajah comel Yuna Rahim yang dikatakan seperti baru berusia 19 tahun juga menyebabkan perkongsian tersebut menjadi perhatian dan tidak sangka bagi ramai. Namun begitu, menerusi berita rasmi Yuna Rahim sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya itu.

Dalam pada itu, gelagat comel Yuna Rahim memakai pakaian pengantin dan ceria disisi suami mengundang dirinya tular di media sosial sehingga ditinggalkan ribuan tanda suka ramai selepas beberapa rakaman video dan suami tersebar.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, kecantikan Yuna Rahim antara yang menjadi bualan ramai apabila dia yang berusia 27 tahun namun dilihat seperti budak sekolah kerana wajah comelnya itu.

‘Emm ni bukan berlakon kan, ni betul-betul kan. Hahaha kadang-kadang konfius. Semoga bahagia hingga ke jannah bersama pasangan’

Sponsored

‘Dia ni nampak macam budak sekolah je, comel sangat. Suka tengok baby face dia’

‘Simple je pengantin. Pelamin pun simple’

‘Seriusla Yuna dah kahwin, wahh tahniah. Terkejut betul muka cam budak sekolah tau’