Pelakon dan penyanyi dikenali dengan nama Bella Astillah ini sememangnya memiliki bakat yang buat ramai tak sangka. Sebelum ini Bella lebih dikenali sebagai seorang pelakon dan isteri kepada selebriti terkenal, Alif Aziz.
Namun mungkin ramai tidak tahu Bella Astillah mula menceburi bidang seni sebagai seorang penyanyi dan kariernya itu bermula sejak di zaman kanak-kanaknya lagi.
Malah Bella Astillah turut menyertai Famili Duo bersama sepupunya, Wanie Kayrie menjadi tumpuan ramai. Sejak akhir-akhir ini juga Bella rajin berkongsikan video nyanyian semula lagu yang pernah dibawakannya satu ketika dahulu iaitu OST Diari Ramadan Rafique.
Terbaharu video Bella Astillah nyanyi lagu dalam bahasa tagalog telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini:
Perkongsian rakaman Bella Astillah nyanyi lagu tagalog ini telah membuatkan ramai terkejut dan tak sangka. Apatah lagi suara nyanyiannya itu cukup merdu sekali!
Video nyanyian oleh Bella Astillah ini turut disertakan dengan sari kata membuatkan siapa juga yang mendengar turut boleh rasa ‘jatuh cinta’ dengan suara wanita kecil molek ini. Selain dari itu penampilan Bella dalam video itu turut membuatkan ramai akui dirinya seakan penyanyi Hollywood, Selena Gomez.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:
“Aduii memang bhaa sumandak sudah lah cantik pandai nyanyi lagi. So talented Bella Astillah”
“Selena Gomez Malaysia. Lagu philipines memang sesuai dengan Bella so lovely!”
“Aku tak tau macam mana dulu Bella kuat hadap ujian suaminya berkali2. Sesungguhnya aku tak sekuat mu Bella!”
“Ingatkan Selena Gomez dah slim! Eh rupanya awak!”
Berikut adalah versi penuh nyanyian semula oleh Bella Astillah ini: