Puteri Sarah Sambut Hari Jadi Anak Dengan Ibu Bapa Dan Mentua, “Susah Nak Dapat Mentua Baik Macam Ni…”

Sponsored

Terdahulu, proses pendamaian di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menemui jalan buntu dan gagal mencapai kata sepakat. Malah pelakon wanita itu memberitahu dia nekad ingin meneruskan hasratnya ingin bercerai dan enggan berdamai dengan suaminya itu.

Walaupun diuji dengan konflik rumah tangga bersama suami, Puteri Sarah masih menerima sokongan sepenuhnya dari ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah. Macam yang diketahui ramai, ibu mentuanya ini juga begitu lantang menyuarakan sokongannya kepada menantunya ini.

Sponsored

Baru-baru ini, sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di Instagram telah mencuri perhatian ramai. Di dalam hantaran tersebut, pelakon itu berkongsikan gambar kedua ibu bapanya bersama ibu bapa mentuanya yang dilihat berpegangan tangan.

Difahamkan, mereka hadir untuk menyambut sambutan ulang tahun kelahiran cucu mereka, Sumayyah. Perkongsian tersebut juga turut menerima komen dari ibu mentuanya, Datin Patimah yang mendoakan hubungan baik di antara mereka dapat dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.

Sponsored

“Ya Allah semoga silaturahim ini sehingga akhir hayat. Amin. Happy birthday Puteri Sumayyah.”

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Datuk Yusof Haslam dan isterinya yang menjadi mentua terbaik buat Puteri Sarah di dalam situasi ini. Kebanyakan netizen menganggap bukan mudah untuk menerima sokongan dari mentua dan mengekalkan hubungan yang baik seperti yang diterima oleh Puteri Sarah ini.

Sponsored

“Susah nak dapat mentua baik dan bertanggungjawab macam dato dan datin.”

“Keep going sarah! U sangat beruntung ada mentua macam ni.”

Dalam masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan keberadaan Syamsul Yusof yang dilihat tidak hadir di sambutan ulang tahun kelahiran anaknya ini. Malah netizen turut mempertikaikan kenyataan Syamsul sebelum ini yang mengatakan dia ingin kembali berdamai dengan isteri pertamanya itu.

“Mana si dia yang kononnya nak berdamai face to face seperti yang diucap dalam pc tu? Ada datang majlis ke tidak.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram