Bercinta tak heboh tahu2 nak kahwin, video Syafiq Kyle & Mimi Lana raih perhatian ramai

Sponsored

Hubungan cinta pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana bukanlah baru diketahui peminat mereka. Meskipun tidak berahsia namun kedua-duanya tetap jarang berkongsikan hal peribadi mereka kepada umum.

Nampaknya perkara itu mencetuskan peminat memberikan pujian terhadap pasangan sama cantik, sama padan ini. Apatah lagi, baru-baru ini Syafiq Kyle dan selebriti jelita tersebut mengumumkan bakal berkahwin serta dapat bayangan seolah-olah mereka disatukan pada tahun ini.

Sponsored

Semakin teruja juga peminat disebabkan pasangan ini pada Sabtu lalu dilihat sudah bertunang. “Counting days. (Tunggu masa) 1 2 3, action.” Tulis Syafiq Kyle disamping memuat naik beberapa keping foto memaparkan terdapat cincin di jari manis Mimi Lana.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian video pasangan selebriti ini mencetuskan ramai peminat tertarik melihat gelagat sweet mereka yang jarang dikongsikan. Rakaman pendek ini menunjukkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana bersama dan kedua-duanya pula dilihat tersenyum bahagia.

Sponsored

Hantaran tersebut bagaimanapun membuatkan netizen memberikan pujian tentang hubungan cinta antara dua selebriti itu yang tahu-tahu sahaja bakal mendirikan rumah tangga. Menjengah ke ruangan komen, ada juga peminat mendoakan yang terbaik buat keduanya.

‘Semoga bertemu jodoh dan kekal bersama selamanya’

Sponsored

‘Suka gila dorang sebab bercinta tak perlu nak hebah lovey dovey in public, tahu tahu dah nak kahwin’

‘Sweet’

Mimi Lana

‘Suka tengok Syafiq bila tarikh kahwin’

Mimi Lana