“Best tengok”- Lepas Shuib, rumah mewah Shuk Sahar pula di ‘review’ tarik perhatian ramai

Sponsored

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar bukanlah satu nama yang asing lagi bagi ramai. Dia sering menjadi sorotan warganet di media sosial. Tentu ramai yang masih ingat tentang sebuah rumah mewah milik Shuk Sahar yang berada di Denai Alam apabila rumah tersebut pernah menjadi tumpuan ramai kerana dekorasi dilakukan oleh pelawak ini cukup menarik.

Difahamkan kediaman tersebut mempunyai tiga tingkat dan ia turut dilengkapi dengan meja snooker, PC game dan beberapa lagi perlengkapan yang menarik. Boleh dikatakan rumah mewah Shuk Sahar ini memang complete. Walau bagaimanapun, sebab tertentu membuatkan Shuk Sahar telah menjualnya.

Sponsored

Rumah Shuk Sahar jadi bualan

Meskipun begitu, seorang content creator yang sebelum ini menarik tumpuan ramai kerana membuat ‘review’ rumah mewah milik Shuib Sepahtu kini berkongsikan satu muat naik terbaharu yang memaparkan kediaman Shuk Sahar itu dan mengulas tentangnya.

Sponsored

Video tersebut bagaimanapun turut mendapat pujian netizen kerana ditunjukkan sebelum dan selepas ia diubah oleh Shuk Sahar. Dalam pada itu, pemilik akaun bernama Syafirulizwan ini menerima ribuan tanda suka dengan video review rumah milik pelawak berkenaan.

Ramai beri pujian

Sponsored

Melihatkan rumah tersebut, ramai memberikan pujian terhadap rumah terbabit yang tidak dinafikan cukup menarik. Meskipun begitu, netizen juga mendoakan yang terbaik buat Shuk Sahar.

‘Apapun memang terbaik deko Shuk Sahar…’

Shuk

‘Saya doakan Shuk dapat bangkit…’