Beto Kusyairy Berlakon Iklan Warganet Puji, “Dah Macam Real Movie…”

Sponsored

Sebut sahaja nama Beto Kusyairy pasti ramai membayangkan langkah silat dan lakonan aksi dari pelakon cukup berbakat besar ini. Manakan tidak dia antara pelakon yang cukup verstail dan bijak dalam membawakan karakter ditugaskan.

Selepas tular rakaman Beto Kusyairy muncul di pentas fashion show jenama pakaian raya popular Bulan Bintang, satu lagi video yang menampilkan Beto Kusyairy berlakon iklan telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Manakan tidak, pelakon ini berlakon iklan dengan gaya tersendiri dan membuatkan ramai kagum. Berikut adalah rakaman dengan paparan Beto Kusyairy berlakon iklan dan hasilnya macam tonton filem itu:

Menerusi video ini, Beto dilihat sedang memasak di dapur. Namun tiba-tiba datang seorang lelaki di dapur membuatkan Beto terkejut. Pelakon ini dilihat ‘diserang’ dan sambil memasak sempat juga dia kerjakan lelaki berkenaan.

Sponsored

Perkongsian video ringkas oleh TikTok Pak Mat Western ini telah membuatkan ramai teruja dan memuji lakonan ditampilkan oleh Beto Kusyairy itu. Tak sangka rupanya ramai juga peminat Beto ya.

Meninjau di ruangan komen, ramai akui terhibur menyaksikan lakonan Beto Kusyairy ini. Malah ada juga akui ‘hadir’ di ruangan tersebut kerana pelakon lelaki ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Suka tengok Beto bersilat kemas bunga Beto”

“Apa-apa brand kalau hire beto confirm laku keras mat”

“Orang tengah lapar jangan ajak gaduh. Memang kalah hahaha terbaik la Beto”

“Dah macam real bukan iklan dah. Terbaik Beto artis paling hebat tiada kontroversi”

SumberTikTok