Pelakon berbakat besar dikenali dengan nama Beto Kusyairy ini mendedahkan pernah ditanya mengenai soal zuriat setelah usia perkahwinan mencecah 14 tahun.
Perkongsian tersebut telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama Beto Kusyairy baru-baru ini. Pernah membintangi karakter sebagai Wahid dalam filem blokbuster, Mat Kilau, Beto Kusyairy menerusi muat naik itu akui pernah terima pertanyaan adakah dia tidak mahu berkahwin lain.
Beto Kusyairy bila ditanya soal anak setelah 14 tahun berkahwin, dengan tenang pelakon ini menjawab seperti berikut:
“Saya cuma fikir untuk cipta kenangan bersama isteri”
Ini adalah rakaman yang dimuat naik di akaun media sosial tersebut baru-baru ini:
Meskipun pertanyaan yang dilemparkan ‘agak kasar’ namun Beto dilihat tidak cepat melatah. Malah jawapan diberikan sangat menjaga isteri tercintanya.
Selain dari itu di ruangan kapsyen pula Beto mengakui anak itu kan rezeki dari Allah. Di ruangan komen mengenai Beto Kusyairy bila ditanya soal anak, rata-rata warganet memuji reaksi pelakon hebat ini yang sangat setia kepada isterinya itu.
Malah tak kurang juga yang mendoakan pasangan ini supaya dikurniakan anak suatu hari nanti. Berikut antaranya:
“Mahal harga sebuah kesetiaan dalam zaman sekarang”
“Orang luar yang biasanya menyibuk selain dari ahli keluarga sendiri. Rezeki anak rahsia Allah. Moga Beto dan isteri bahagia hingga jannah”
“Suami yang baik dia tak kisah pun ada anak ke tak…Itu semua kerja Allah..Semoga satu hari nanti akan dikurniakan cahayamata bersama isterinya tu. Saya doakan”
“InshaAllah suatu hari nanti. Penantian itu kan satu kesabaran”