Tom Nafi Jadi Punca Penceraian Fuad Rahman Dan Isteri, “Saya Bukan Penyondol”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kisah dua penyanyi kembali menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama menyertai Gegar Vaganza telah menjadi sebutan ramai. Tom dan Fuad Rahman akui mereka sebelum ini pernah bercinta dan terputus di tengah jalan.

Namun Fuad Rahman akui cinta mereka kembali berputik semula ketika dalam rancangan berkenaan. Malah satu video Tom dan Fuad bergurau mesra turut tular di media sosial. Pada waktu itu ramai yang tertanya-tanya status mereka kerana ramai yang tahu Fuad sudah pun ada isteri.

Sponsored

Kemelut kontroversi antara Tom, Fuad Rahman dan bekas isteri ini terus menjadi bualan hangat warganet.

Fuad sendiri akui dia dan bekas isterinya dalam proses bercerai dan dalam hal ini Tom bukanlah punca keretakan rumahtangganya.

Sponsored

Walaubagaimana pun, terbaharu semalam kecoh pula bila ada yang mendakwa nombor daftar penceraian Fuad dan isteri tidak wujud dalam sistem di Singapura.

Memetik laporan Media Hiburan, Tom nafi jadi punca penceraian Fuad Rahman. Menurut penyanyi ini hubungan mereka itu diketahui wanita berkenaan sebelum Tom dan Fuad tampil membuat pendedahan mengenainya.

Sponsored

“Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai. Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol,” Tom.

Malah Tom juga akui sudah kenal dengan Fuad sebelum menyertai Gegar Vaganza lagi. Selain itu, Tom nafi jadi punca penceraian juga akui ketika dalam rancangan itu Fuad sedang berada dalam keadaan yang sukar.

“Masa jumpa dia di GV memang Fuad memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melaluinya dan sendiri menyaksikan perbualan hubungan mereka yang dilanda ribut pada waktu itu.”

Tambahnya lagi dia terima kembali bercinta dengannya kerana ikhlas untuk menjaga Fuad. Tom