Lakonan Faizal Hussein Cakap Arab Raih Perhatian, “Lain Macam Bunyiknye”

Sponsored

Menjadi kebiasaan apabila seseorang pelakon itu cuba memenuhi kehendak produksi untuk menjayakan karakter yang dilakonkan. Ada juga sesetengah pelakon akan cuba sebaik mungkin untuk melakukan apa sahaja demi filem atau drama dibintanginya.

Contohnya dengan ‘meluahkan’ bahasa yang tidak pandai atau biasa digunakan hanya kerana karakter tersebut memerlukannya. Terbaharu satu rakaman dari petikan sebuah filem telah menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Dalam perkongsian itu dipaparan babak lakonan Faizal Hussein cakap bahasa Arab bersama M.Nasir. Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara Faizal Hussein menuturkan bahasa tersebut.

Berikut adalah rakaman babak lakonan Faizal Hussein cakap bahasa Arab yang dikongsikan ini:

Sponsored

Tak sangka Faizal Hussein pernah mencuba menjayakan karakter sebegini. Biarpun bunyinya agak pelik, namun tidak mengapa kerana bahasa Arab bukanlah yang biasa digunakan seharian di negara kita. Tapi M.Nasir punya slang memang enak didengar!

Perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mohdxdr ini telah meraih hampir 200 ribu tontonan dan 13 ribu likes.

Sponsored

Malah video babak lakonan tersebut telah membuatkan warganet meninggalkan pelbagai reaksi mengenainya di ruangan komen.

“Faizal Hussein cakap Arab ke Jepun tu”

“Awat macam bunyi india cakap tang Faizal Husin tu”

“Dekat 10 kali la kena dengar nak tahu bahasa apa yang Faizal Hussein balas…”

“Lain macam bunyik nya”

SumberTikTok