“Boring Malaysia”- Kompilasi perangai lucu Kak Lina & Nabil dipentas akhir GV9 bikin ramai gelak

Sponsored

Selepas 10 minggu rancangan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) pada malam tadi telah melabuhkan tirai yang mana penyanyi bersuara padu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara GV9, Bob Yusof dan Shila Amzah pula masing-masing mendapat kedudukan tertinggi sebagai naib juara dan tempat ketiga.

Walau bagaimanapun, tentu sahaja selain persembahan peserta GV9, saban minggu juga gandingan hos antara Nabil Ahmad dan Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse antara yang dinanti-nantikan oleh penonton. Mana tidaknya, lain macam lawak kedua-dua hos GV9 itu apabila bergandingan di pentas.

Sponsored

Kak Lina Pompom dan Nabil buat hal lagi

Malah pada malam tadi pula, mereka nampaknya sekali lagi mengundang rasa terhibur penonton. Juri tetap seperti Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat juga tidak dapat menahan ketawa dengan lawak spontan antara Kak Lina dan Nabil Ahmad.

Sponsored

Sehinggakan selain persembahan peserta, video-video pendek Kak Lina Pompom dan Nabil juga tular di media sosial dan mencuit hati warganet. Berikut pula antara video-video yang tular itu apabila netizen juga berdekah gara-gara mereka.

Malam akhir dapat tonton Kak Lina Pompom dan Nabil Ahmad

Sponsored

Umum diketahui, memandangkan malam tersebut merupakan malam terakhir penonton menemui mereka di Astro Ria, ada juga yang akui akan merasa boring selepas ini kerana tiada lagi lawak spontan daripada kedua-dua hos terkenal itu.

‘Lawak betul’

Kak lina

‘Dia pernah bagi tahu tahun ni…’