Pemuda Tular Miliki Suara Macam Pak Nil Akhirnya Bertemu, Ramai Kata Sama Betul!

Sponsored

Sebelum ini seorang lelaki dikenali dengan nama Nurkhalaf telah mencuri perhatian ramai selepas wajahnya dikatakan seiras Sajat dan suaranya pula sama seperti Pak Nil.

Keistimewaan dimiliki lelaki ini membuatkan dirinya meraih perhatian ramai. Malah ada juga warganet yang meminta supaya dia bertemu dengan Pak Nil. Disebabkan itu, baru-baru ini Nurkhalaf sempat bertemu dengan Pak Nil dan merakamkan saat itu sebagai kenangan.

Sponsored

Sempat Bertemu Pak Nil

Dalam perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pemuda ini, dipaparkan dirinya bersama Pak Nil. Nampaknya mereka berdua cukup seronok bila dapat bertentang mata.

Sponsored

Malah sempat juga masing-masing menunjukkan suara yang kedengaran hampir sama! Jika mendengar video ini tanpa melihat, memang ingatkan adik-beradik!

Berikut adalah perkongsian rakaman pemuda miliki suara macam Pak Nil bertemu dengan figura tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Nurkhalaf:

Sponsored
@nurkhalaf

Replying to @akmal hakimi, ah thank you ampa semua. Doa2 dan permintaan ampa dah tercapai hahaha termasuk lah aku pnya doa. Hahaha Thank you @Datuk Aznil Nawawi and @AEON Retail Malaysia jmput hadir buat gimmick kat #rajaviral

♬ original sound – nurkhalaf – nurkhalaf

Dalam rakaman itu pemuda ini bersama Pak Nil meluahkan dialog sama seperti karakter Profesor Klon dan juga ketika mengacarakan rancangan Tom Tom Bak.

Di ruangan kapsyen pemuda ini menulis, ‘akhirnya doa pengikutnya dan dirinya untuk bertemu Pak Nil tercapai’.

Ramai Setuju Suara Mereka Sama

Tidak cukup dengan itu , di ruangan komen pula rata-rata warganet akui kedua-dua lelaki ini memang miliki persamaan dari segi suara dan cara percakapan. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman lelaki miliki suara macam Pak Nil ini:

“Macam bapak ngan anak..Same weh”

“Kalau tak tengok orangnya…Memang tak perasan pemilik suara ni bukan Pak Nil”

“Letak Haze lak kat situ perghhh triple trio”