“Bukan dia curi”- Netizen kurang senang tindakan Samer, kata-kata Syahmi Sazli dipuji ‘hati bersih’

Sponsored

Jika anda peminat siri Drama Spontan daripada YouTuber dan pengarah tersohor, Syahmi Sazli tentu anda mengenali dengan watak baharu bernama Samer. Syahmi Sazli yang merupakan seorang individu berjaya berasal daripada Kelantan ini bagaimanapun memperkenalkan Samer kepada umum dengan membuat 30 episod tentang dirinya.

Menerusi episod tersebut, nama Samer semakin dikenali warganet apabila caranya mempromosikan barangan jualannya kepada Syahmi Sazli tidak sekadar membuatkan kebanyakannya kagum malah turut terhibur dengan tagline popularnya, ‘Sejuk’ meskipun difahamkan dirinya seorang yang lurus bendul.

Sponsored

Walau bagaimanapun, disebabkan mendapat komen yang kurang senang episod Samer direhatkan selama beberapa bulan dan sepanjang episod akhir iaitu video ke-30 Samer ternyata mengundang sebak ramai namun kemunculan Samer baru-baru ini pula menyebabkan komen yang kurang senang terhadap Samer semakin menjadi tumpuan.

Tindakan Samer terima komen kurang senang netizen

Sponsored

Sebuah rakaman video turut tular apabila Syahmi Sazli dilihat tampil memberikan respon terhadap komen yang buruk sangka dengan tindakan Samer apabil jelasnya, hasil jualan diperoleh Samer tidaklah mewah mana dan ia sekadar cukup makan buatnya yang juga dapat membeli pakaian malah dia juga tidak lupa berbahagi rezeki dengan anak saudaranya.

Tambah Syahmi Sazli, dia tidak kisah apabila Samer juga membuat kerja yang baik. Menjengah ke ruangan komen, netizen ‘hadir’ memuji sikap Syahmi Sazli yang membuatkan rata-rata tidak heran melihat content creator ini semakin berjaya kerana mempunyai hati bersih.

Sponsored

‘Sebab tu Allah bagi rezeki tak berhenti ko Syahmi…”

‘Betul Mie, tolong jelaskan pada mereka…’

‘Kesian Samer, patutlah Syahmi dok teruskan…’

Syahmi Sazli