“Cair hati saya ni bang”- Nadhir Nasar pula jadi bualan ramai

Sponsored

Sebut sahaja nama Nadhir Nasar sebelum Mierul Aiman dan Amir Ahnaf, dia adalah pelakon baharu yang begitu mendapat perhatian dalam dunia lakonan. Memegang watak baik mahupun jahat, Nadhir Nasar diberikan pujian melambung oleh peminat drama tempatan.

Mana tidaknya, beri apa-apa sahaja watak Nadhir Nasar berjaya meninggalkan kesan kepada penonton di kaca televisyen. Umum diketahui, Nadhir Nasar mula dikenali dalam program Hero Remaja 2020 dan bergelar juara bagi musim tersebut.

Sponsored

Selepas itu, Nadhir Nasar mula terlibat dalam dunia lakonan dan terbaharu lakonannya dalam drama bersiri yang sedang hangat diperkatakan berjudul Projek: High Council mengundang namanya sentiasa menjadi sebutan dan perhatian peminat khususnya wanita.

Diminati ramai

Sponsored

Mana tidaknya, wajah kacak Nadhir Nasar juga membuatkan peminat tidak ketinggalan mengikuti perkembangannya. Jadi melihatkan satu rakaman video memaparkan dirinya berbaju Melayu mengundang dia menjadi tumpuan.

@astrogempak

Aduhh manesss bethol eh yang berbaju melayu ni pun 😍😍 @LuckyBoy

♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

Menerusi video tersebut, Nadhir Nasar begitu manis berbaju Melayu dan ternyata dia yang sempat tersenyum selepas dirakam itu mengundang peminat tak keruan. Mana tidaknya, senyuman Nadhir Nasar sehingga membuatkan matanya ‘hilang’ turut mengundang peminat ‘cair’ melihat wajahnya itu.

Sponsored

“Cair hati saya ni bang dia senyum gitu”

“Comel je mata dia ikut senyum”

“Bila senyum mata hilang, idaman gue banget”

“Memang handsome bila yang memakai nya itu ialah Nadhir Nasar”