Ramai mahu Meerqeen rangkul Anugerah Pelakon Lelaki Popular, peminat Indonesia juga yakin menang!

Sponsored

Nampaknya peminat juga teruja selepas melihat percalonan pelakon lelaki popular apabila 10 pelakon hero bertanding merebut takhta gelaran Pelakon Lelaki Popular. Umum diketahui, Anugerah Drama Sangat 2023 bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Perkongsian TV3 Malaysia juga memaparkan beberapa pelakon lelaki yang membawa watak sebagai hero dalam drama yang rata-ratanya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. Terdapat pelakon senior dan baharu yang bakal dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Popular.

Sponsored

Walau bagaimanapun, selepas ditanya siapakah yang membawa takhta tersebut nampaknya beberapa nama pelakon yang tercalon menjadi perbualan diruangan komen. Namun begitu, kebanyakannya merasa yakin bahawa pelakon baharu, Meerqeen bakal menang.

Meerqeen mula dikenali dalam program Hero Remaja dan selepas membintangi drama Angkara Cinta, dia nampaknya semakin menjadi tumpuan peminat drama tempatan namun ternyata dia semakin ‘meletop’ selepas membintangi drama Melur Untuk Firdaus sebagai watak utama.

Sponsored

Malah netizen dari Indonesia juga dilihat tertarik untuk meninggalkan komen di perkongsian tersebut apabila turut merasakan Meerqeen bakal memegang takhta gelaran Pelakon Lelaki Popular kerana dia tidak hanya popular di Malaysia malah juga mendapat sorotan di Indonesia.

“Semoga Abang Shuk, kalau bukan abang Syafiq tapi sebab yang diluar Malaysia boleh sertai vote juga, sepertinya yang menang Meerqeen…”

Sponsored

“Confirm Meerqeen”

“Yang aku kenal dan pertama tahu pelakon dari Malaysia hanya Meerqeen, jadi Meerqeen”

“Saya pilih Meerqeen”