“Camni kita mahu”- Aliff Aziz datang ‘support’ Bella Astillah, klip video buat peminat ulang2 tonton

Sponsored

Perjalanan kisah pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz sebelum ini begitu mendapat perhatian di media sosial. Walau bagaimanapun, melihatkan kebahagiaan pasangan sama cantik, sama padan ini mengundang ramai tumpang bahagia.

Malah lebih seronok peminat melihat mereka pula apabila Aliff Aziz datang memberikan support buat Bella Astillah. Umum diketahui, Bella Astillah merupakan salah seorang peserta rancangan nyanyian, Famili Duo bersama Wani Kayrie.

Sponsored

Aliff Aziz datang support Bella Astillah

@tv3malaysia

Quchh bersemut lah malam ni 😍 sebab ade Alif Aziz datang support @Bella Astillah ! Suweeetttnyeee Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3!

♬ original sound – 🐍JB – 🐍JB

Selain itu, satu klip video oleh adik Bella Astillah iaitu Didi Astillah memaparkan kakaknya itu bersama Aliff Aziz pada malam tadi sebelum Bella Astillah membuat persembahan di Famili Duo.

Sponsored

Rakaman video ini membuatkan peminat dan warganet turut tertarik melihat pasangan popular ini memberikan sokongan terhadap kerjaya masing-masing.

@didi_angel_astillah

@iamaliffaziz came to support kaklong @bellaastillah_94 ❤️ GOOD LUCK FOR TONIGHT KAKLONG! Vote for kaklong saya untuk #FamiliDuo #tv3

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Hantaran tersebut selain meraih ribuan tanda suka, ia juga dihujani dengan reaksi positif ramai yang seronok melihat kebahagiaan pasangan berkenaan selain mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sponsored

‘Banyak cubaan tapi demi anak suami ni boleh berubah, semoga kamu dua tetap bahagia di dunia dan akhirat’

Bella Astillah
Bella Astillah

‘Aliff syuk antara yang banyak berubah selepas apa jadi. Camni kita mahu, akui silap diri bukan pasangan’

Bella Astillah

‘Bella kecik comel dan cantik, Aliff suaminya hensem dan tinggi. Semoga bahagia hingga je jannah’

‘Love sangat dan pasangan 2 sejoli ni semoga sentiasa tabah mengharungi rintangan dalam rumahtangga’