Kakak Ira Kazar Didakwa Sindir Puteri Sarah? “Viral Sana Sini Acah2 Tersakiti Dicurangi”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama Ira Kazar semakin menjadi sebutan ramai. Apatah lagi selepas pengarah tersohor, Syamsul Yusof mendedahkan yang dia sudah pun bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini.

Namun begitu, kecoh pula di sosial media apabila kakak kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar telah memuat naik ciapan di Twitter miliknya dengan kata-kata seakan menyindir tindakan seseorang yang kerap berkongsi kisah peribadi kepada umum.

Sponsored

Menerusi laporan Harian Metro, Yasmin Kazar yang juga anak kepada Kazar Saisi didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuat naik dan menceritakan tentang hal peribadinya di sosial media.

Puteri Sarah Liyana

Di Twitter milik Yasmin Kazar memuat naik dua ciapan yang mana ramai beranggapan ianya dituju kepada isteri pertama Syamsul Yusof berkenaan. Berikut adalah ciapan yang dimuat naik oleh individu berkenaan:

Sponsored

Dalam ciapan pertama, Yasmin mempertikaikan tindakan suka berkongsikan mengenai kisah peribadi hingga viral dan menunjukkan yang kononnya diri itu disakiti dan dicurangi.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?”

Sponsored

Manakala ciapan kedua pula, Yasmin turut mentertawakan pemilik akaun tersebut yang tidak mahu akaun palsu ganggu tapi tidak sekatnya.

“Kinda funny bila kau tak suka fake account ganggu tapi tak block. Kinda hilarious bila kau siap pinned fitnah dari fake account. You are damn funny girl. Oh and fake too”

Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut hanyalah kakak Ira Kazar didakwa menyindir Puteri Sarah dan tiada nama yang ‘dipetik’ dalam ciapan berkenaan.