“Cantik, handsome”- Kongsi foto di Jerman, wajah Fazura & Fattah Amin dipuji ramai

Sponsored

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sememangnya sering menjadi sorotan ramai. Terbaharu pula dia nampaknya berehat daripada sebarang aktiviti kerjayanya dengan meluangkan masa bersama suami, Fattah Amin dan cahaya mata sulungnya, Nur Fatima Aisya.

Keluarga bahagia ini ternyata memilih bercuti ke luar negara dimana mereka telah sampai ke Jerman baru-baru ini. Fazura juga berkongsikan gelagat Nur Fatima Aisya atau Fatima di media sosial miliknya dan berkata bahawa ia merupakan percutian musim sejuk pertama buat Fatima.

Sponsored

Tidak hanya itu, Fazura dalam perkongsian fotonya baru-baru ini berada di Jerman juga sempat memuat naik beberapa keping foto dan ternyata dia sekali lagi viral disebabkan memakai tudung sarung di Jerman namun tetap terserlah kejelitaannya. Namun begitu, pada kali ini muatnaik terbaharu Fazura membuatkan dia dan Fattah Amin pula menjadi bualan ramai.

Fazura yang menulis kapsyen hari pertama di negara tersebut berkongsikan beberapa keping foto yang mana antaranya ada foto-foto dia bergambar dengan suami, Fattah Amin dan ternyata foto tersebut membuatkan juga peminat teringat akan drama gandingan mereka yang pernah menjadi fenomena terdahulu berjudul, Hero Seorang Cinderella.

Sponsored

Ibarat Hero Seorang Cinderella 2.

Kata peminat foto tersebut menyifatkan Hero Seorang Cinderella bagi musim kedua versi realiti yang mana pasangan sama cantik, sama padan ini sekarang bahagia bersama puteri mereka, Fatima.

Sponsored

‘Macam baru kahwin ja’

Fazura

‘So sweet’

Fazura

‘Cantik, helok…’

SumberFazura