“Dia nak jugak selit situ”- Isteri menang gelagat Ryan Bakery pula ‘excited’ hiburkan ramai

Sponsored

Ryan Bakery merupakan salah satu nama pempengaruh TikTok yang begitu popular disebabkan kreativitinya dalam menghasilkan video pendek namun berjaya mengundang rasa terhibur warganet sehingga dia kini semakin dikenali ramai, tidak hanya di media sosial malah pernah muncul di kaca televisyen.

Personaliti media sosial terkenal ini pada awal Oktober lalu pula telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati yang dikenali sebagai, Elyia Ibrahim. Buat yang sering mengikuti video siaran secara langsung oleh Ryan Bakery atau nama penuhnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery tentu sering terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini.

Sponsored

Mana tidaknya, pasangan saling melengkapi ini bersama-sama membuatkan warganet dan peminat mereka terhibur dan ternyata bukan sahaja dalam video siaran secara langsung sahaja, menerusi klip video ini pula memaparkan mereka juga diluar sporting sebegitu.

Seorang individu yang sempat merakam gelagat isteri Ryan Bakery yang menang dalam satu majlis namun seperti biasa, perangai lucu Ryan Bakery yang turut ‘buat hal’ disitu mengundang rasa terhibur ramai sehingga rakaman video ini dalam pada masa sama mendapat perhatian warganet.

Sponsored
@ammxrhxlm_

member dah mangat ingat nama dia naik 🤣 @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 #ryanbakery #YearOnTiktok #YearOnTiktok2022 #fyp #fypage #foryoupage

♬ Funny Song – Cavendish Music

Sempat Ryan Bakery mengusik Elyia Ibrahim dengan pelbagai gelagat dilakukannya sehingga di atas pentas juga Ryan Bakery ‘buat hal’. Pasangan bahagia ini bagaimanapun turut dihujani pelbagai reaksi diruangan komen.

‘Kelakar wey…’

Sponsored

‘Orang nak bergambar dengan pemenang…’

Ryan Bakery

‘Wah hahaha’