“Kena faham dia tu Fazura”- Tular pakai tudung sarung di Jerman dipuji ramai cantik

Sponsored

Pelakon, Fazura umum diketahui dia juga semakin popular dalam dunia perniagaan apabila jenama tudungnya sendiri mendapat sambutan luar biasa apabila dia juga menerima pujian ramai dengan produk keluarannya itu. Disebabkan hal itu juga, nama Fazura semakin hangat dibualkan di ‘bibir’ netizen wanita.

Terbaharu, Fazura dan keluarga comelnya Nur Fatima Aisya dan Fattah Amin dilihat bercuti di Jerman. Fazura diruangan Instagram peribadinya juga berkata bahawa itu merupakan percutian musim sejuk pertama buat cahaya matanya yang mesra dipanggil Fatima.

Sponsored

Percutian musim sejuk pertama Fatima

Menerusi muat naik tersebut, pelakon dan usahawan popular ini juga dilihat merehatkan diri dari kesibukan dengan melakukan percutian bersama anak dan suami. Fazura bagaimanapun menyertakan beberapa keping foto dalam muat naiknya yang menjadi tatapan umum itu.

Sponsored

Pun begitu, seperti biasa penampilan Fazura sememangnya sentiasa menjadi sorotan ramai dan dia di Jerman juga nampaknya tampil dengan penampilan ringkas namun cukup menarik perhatian ramai dengan kecantikannya itu. Disebabkan Fazura pakai tudung sarung di Jerman juga membuatkan dia turut hangat dibualkan ramai.

Fazura pakai tudung sarung di Jerman

Sponsored

Mana tidaknya, bertudung sarung sahaja tetap membuatkan kecantikan Fazura menyerlah dan menjengah ke komen-komen selepas fotonya itu tular, ramai yang memberikan pujian terhadapnya.

‘Orang cantik pakai apa pun…’

Fazura

‘Kalau aku pakai…’

‘Pakai guni pun lawa…’