“Cantiknya!”- Kongsi video jejaka dibelakang, kecantikan Reen Rahim dipuji rakan selebriti

Sponsored

Baru-baru ini selepas sekian lama ‘berdiam’, pelakon yang cukup terkenal dengan watak Kak Su dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang hanya dikongsikan panggilan sebagai Encik H.

Difahamkan dia dan jejaka pilihan hatinya itu bakal disatukan pada penghujung tahun ini. Reen Rahim dalam satu sidang media juga memberitahu bahawa bakal suaminya itu enam tahun lebih muda daripada dirinya. Encik H juga difahamkan adalah seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.

Sponsored

Bakal berkahwin penghujung tahun

Reen Rahim dan Encik H juga telah mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu dan pada awal Disember baru-baru ini pula dia mendedahkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada penghujung tahun ini yang nampaknya sudah tidak lama lagi pelakon kegemaran ramai ini bakal menjadi isteri.

Sponsored

Hantaran Reen Rahim di media sosial miliknya ini pula ternyata mengundang ramai begitu senang apabila dia yang jarang berkongsikan tentang jejaka pilihan hatinya itu telah memuat naik satu rakaman video yang seolah-olah memberikan bayangan majlis penyatuan mereka itu sudah tidak lama lagi.

HAZREENtilljannah jadi tumpuan ramai

Sponsored

Peminat juga nampaknya semakin tertanya-tanya tentang jejaka pilihan hatinya itu apabila Reen Rahim memuat naik video yang tidak menampakkan wajah jejaka berkenaan namun dia pula tersenyum jelita sehingga ruangan komen pula dihujani reaksi pujian terhadap kecantikannya.

‘Cantik’

Reen Rahim

‘Alaa kahwin dengan sape…’

Reen Rahim

‘Cantiknya dia’

‘Bagi saya awak adalah artis wanita yang paling tercantik…’