Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Puteri Sarah Liyana begitu mendapat perhatian ramai di media sosial berikutan terdapat pendedahan mengenai isu rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang mana ia cukup mengejutkan ramai yang dalam masa sama membuatkan dia tidak henti-henti menjadi tumpuan.
Malah ibu mertua Puteri Sarah Liyana, ibu kepada Syamsul Yusof yang dikenali sebagai Datin Fatimah Ismail turut menarik tumpuan ramai dengan satu muat naiknya tentang cucunya sehingga mendapat perhatian pihak media tempatan.
Ibu mertua Puteri Sarah
Meskipun begitu, satu muat naik oleh pelakon Anzalna Nasir di Instagram Story miliknya bagaimanapun turut terpanggil untuk mendedahkan sikap Datin Fatimah Ismail yang mana ditemuinya buat pertama kali sahaja sudah sangat baik dengan dirinya.
Anzalna Nasir juga memberikan pujian terhadap sikapnya sebagai ibu mertua yang baik hati dan pemurah ketika bertemu dengan dirinya yang membelikan baju-baju raya buat menantu-menantunya.
Terserempak pertama kali, Anzalna Nasir puji sikap Datin Fatimah Ismail
“I pernah jumpa Puteri Sarah Liyana MIL and she is such sweet lady. Very friendly and low profile walaupun first time jumpa. Bertuah dapat mak mertua yang baik hati dan pemurah sebab masa tu dia shopping menantu-menantu dia baju raya kat aliabastamamkl hahahaha,” tulis Anzalna Nasir di ruangan Instagram Story miliknya sebentar tadi.