Cara Cik B & DSV beli kereta tarik perhatian netizen, “Macam beli keropok…”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keluarga usahawan popular ini, DSV atau Datuk Seri Vida bersama dua anaknya yang lebih dikenali dengan nama Cik B dan Kacak. Kehidupan keluarga ini sering mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Malah kedua-dua anak DSV juga sering menerima pujian netizen apabila meskipun masih muda namun mereka sentiasa menunjukkan sikap matang mereka yang mana kehidupan dua beradik ini juga sering mencuri tumpuan seperti mamanya itu.

Sponsored

Terbaharu gelagat mereka menarik perhatian ramai lagi apabila Cik B bersama DSV dan Kacak pergi membeli kereta dan ia bersempena Cik B yang baru sahaja melancarkan lagu.

“Cik B beli kereta sempena keluar lagu baru,” tulis diperkongsian DSV tersebut yang mana bukan hanya sikap usahawan ini yang sentiasa cuba memenuhi keinginan anak-anaknya sahaja dipuji malah cara keluarga ini membeli kereta juga mencuri tumpuan ramai.

Sponsored

Mana tidaknya, rata-rata warganet terkedu melihat cara keluarga usahawan popular itu membeli kereta yang tidak perlu melihat harga dan seperti membeli keropok kata peminat.

“Best beli kereta ikut suka tak payah tengok harga. Aku nak beli kereta kira-kira loan lepas ke tak”

Sponsored

“Gitu je bawa pilih kereta, kita ni pilih siap-siap baru pergi kedai proceed, tu pun amik axia je”

“Seronok tengok ibunya sanggup bagi apa sahaja asalkan anaknya menjadi seorang yang baik”

“Dia pilih kereta macam pilih hotwheels dekat Al Ikhlas gadjet ye”