“Hensem betul la ko”- Lagi Mierul Aiman jadi model produk dibualkan ramai

Sponsored

Pelakon baharu yang begitu mendapat perhatian dalam sebuah drama terkini berjudul Projek High Council, Mierul Aiman nampaknya semakin mempunyai ramai peminat. Ternyata bakat lakonannya dalam drama bersiri tersebut berjaya mencuri hati penonton.

Tidak hanya itu, dia juga tular di media sosial kerana rahang ‘jantan’ yang dimilikinya sekali gus membuatkan pelakon ini hangat diperkatakan dan menerima pujian warganet di media sosial.

Sponsored

Serta merta juga Mierul Aiman antara pelakon lelaki yang tidak henti-henti mendapat perhatian peminat dan warganet. Apa sahaja dilakukan turut menerima sambutan baik dan jarang tidak viral di media sosial. Seperti baru-baru ini, Mierul Aiman muncul sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi baju raya.

Namun begitu, tidak berhenti di situ dia nampaknya sekali lagi menarik perhatian peminat selepas Mierul Aiman muncul sebagai model bagi sebuah produk. Ternyata kekacakan dan keunikan wajah pelakon ini membuatkan peminat semakin tak keruan.

Sponsored

Hantaran video pendek tersebut bagaimanapun nampaknya selepas menjengah ke ruangan komen, seperti biasa wajah kacaknya itu dihujani pelbagai reaksi yang sempat warganet berseloroh terhadapnya namun dalam pada itu, peminat juga teruja kerana pelakon ini semakin mendapat perhatian sebagai model jenama besar.

“Kalau beli ni tumbuh jawline pastu dapat Mierul ka”

Sponsored

“Saya nak beli semua sekali dengan abang ni ye”

“Hahaha aduh, bulan bintang… Elrah, now bougas”

“Handsome betul la ko ni bang”