“Sebab dia kantoi…”- Ditanya punca kena tumbuk, komen Shuhada jadi tumpuan ramai

Sponsored

Selepas beberapa hari perkembangan daripada Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri dikongsikan menerusi Instagram Story, Shuhada pada Jumaat lalu memuat naik foto berserta kapsyen panjang mengenai dia dan anak-anak pula yang membuatkan dia dihujani dengan komen ramai yang turut berang dengan kejadian yang terjadi sebelum ini.

Sekadar info, menerusi perkahwinan dengan pelakon Hafidz Roshdi, dia dan Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar.

Sponsored

“Assalamualaikum, salam Jumaat. Shu nak mohon doa semua hamba Allah yang hebat hebat ni semua doakan Shu and Umar and Humairah sentiasa hidup dalam rahmat Allah dan bahagia sampai syurga Firdaus Allah SWT, Allahumsolli’alamuhammad.” Tulis Shuhada diruangan kapsyen yang meminta doa ramai buat dirinya dan anak.

“Inilah nyawa ibu,” tidak hanya itu Shuhada juga dilihat memuat naik foto terbaru anak-anaknya dengan berharap mereka dilindungi daripada keburukan. Namun begitu, dengan pantas juga Shuhada menerima komen ramai yang mana terdapat juga pertanyaan yang menarik perhatiannya untuk menjawab.

Sponsored

Nampaknya Shuhada menceritakan kejadian yang terjadi baru-baru apabila pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk Shuhada dengan memberikan respon kepada komen yang ditinggalkan di posting tersebut seperti berikut:

“Hafidz takut dengan bayang bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi…”

Sponsored

“Doakan Shu Allah kuatkan hati…”

“Diorang tak layak lalui semua ni, diorang tak ada dosa…”

SumberShuhada