“Caring sangat…”- Aedy Ashraf upah ‘Bodyguard’ buat Amelia Henderson?

Sponsored

Kini hubungan cinta antara pelakon sama cantik, sama padan iaitu Amelia Henderson dan Aedy Ashraf bukanlah rahsia lagi. Sehinggakan peminat juga semakin teruja kerana pasangan ini dilihat semakin terbuka dengan hubungan cinta mereka yang kembali bersama.

Dalam pada itu, beberapa acara yang menampakkan keakraban pasangan ini berterusan tular di media sosial. Terdahulu, gandingan pertama kali antara Amelia Henderson dan Aedy Ashraf dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita mencetuskan fenomena.

Sponsored

Selepas ramai berharap pasangan ini juga bercinta seperti dalam drama tersebut ternyata menjadi kenyataan selepas mereka dilihat serasi bersama. Malah Aedy Ashraf juga dilihat semakin mengambil berat tentang Amelia yang mana baru-baru ini tular pula mereka bersama seorang bodyguard.

Aedy Ashraf dikatakan mengambil seorang bodyguard demi menjaga keselamatan kekasihnya itu. Menerusi perkongsian video pendek ini pula memaparkan Amelia Henderson dijaga oleh seorang bodyguard.

Sponsored

Menerusi ruangan komen pula, Aedy Ashraf dipuji peminat kerana bersikap caring dengan kekasih hatinya itu. Dalam pada masa sama juga, bodyguard disamping mereka turut menjadi perbualan netizen diruangan komen.

Terbaiklah Aedy ni sanggup hired bodyguard untuk Ame kan, caring sangat-sangat dia pada AME. Tq abang Bodyguard

Sponsored

Betapa dia mengambil berat tentang keselamatan AME

Pak cik tu saya pernah borak santai dengan dia sempoi je dia, terbaik pakcik komando

Misai abang, serammm