“Kau nak menang? menanglah, aku kalah”- Puteri Sarah padam semua ‘posting’, tak takut tapi sangat penat

Sponsored

Nampaknya perkongsian Puteri Sarah membuatkan orang ramai terkejut dengan kenyataan terbaharunya dikongsikan di laman media sosial miliknya. Dia berkata dia memadam semua posting dilakukan.

Walau bagaimanapun, dia menegaskan bukan disebabkan dirinya takut namun sangat penat. “Seriously I am tired with all this drama.” Dalam pada itu, menerusi kenyataan panjangnya yang dikongsikan ini memaparkan pesanan buat suami, Syamsul Yusof.

Sponsored

To Mohd Shamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Sukahati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawab kat akhirat nanti. I just want to get out of this toxic marriage.” Katanya yang dilihat pasrah.

Puteri Sarah

Baru-baru ini, Syamsul Yusof tidak melafazkan penceraian terhadap Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, timbul pelbagai isu berkaitan nafkah dan sebagainya menyebabkan pasangan ini tidak henti-henti menjadi perbualan apabila mereka juga dilihat berbalas kenyataan di media sosial.

Sponsored

Namun begitu, Puteri Sarah tampil memuat naik satu posting yang seolah-olah pasrah dengan apa yang akan terjadi kerana yang diinginkan sekarang ini olehnya adalah untuk keluar daripada perkahwinannya itu.

I just wana move on and be happy with my life and my kids. 1 thing for sure paling aku menyesal dalam hidup is berkahwin dengan kau.”

Sponsored

Namun begitu, dia bersyukur kerana mendapat ibu dan bapa mertua yang dianggapnya paling terbaik dalam hidupnya. Meskipun perkongsian Puteri Sarah itu mengejutkan ramai pihak, dia menerima doa-doa baik untuknya diruangan komen.