“Kau ni siapa”- Jep cerita pencuri motor Mamat tertangkap depan mata tapi undang dekah netizen

Sponsored

Kalau sebut sahaja nama Jep Sepahtu, tentu ramai yang mengenali dengan pelawak ini. Dia tidak hanya disukai netizen disebabkan lawaknya apabila berada di pentas menghiburkan penonton namun sikap rendah diri Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin turut sama disenangi ramai.

Ditambah pula, Jep seorang yang jarang terpalit kontroversi yang mengundang kemarahan peminat atau netizen sekali gus menyebabkan dia dikenali kerana bakatnya. Salah seorang penghibur dalam rancangan Sepahtu Reunion Live ini terbaharu mengundang dekah netizen lagi.

Sponsored

Jep undang dekah netizen lagi

Menerusi satu rakaman video yang tular ini menunjukkan Jep Sepahtu sedang membuat rakaman video secara langsung di satu platform. Walau bagaimanapun, ia menghiburkan bagi netizen kerana dalam ceritanya sempat pula dia berseloroh. Kalau dah namanya Jep, jarang sungguh orang mendengarnya serius jika buka mulut.

Sponsored

Jep berkongsikan satu cerita ketika dia bersama rakannya Mamat namun kejadian tidak dijangka menimpa Mamat apabila terlihat sebuah motor milik bapanya. Namun begitu, yang dinaikinya pula bukan adik Mamat yang rupa-rupanya pencuri tertangkap depan matanya sendiri.

Cerita yang dikongsikan berlaku antara Jep dan Mamat itu membuatkan ia tular yang mana dalam pada masa sama netizen terhibur dengan kejadian tidak dijangka dialami mereka.

Sponsored

“Mamat lucu je kalau dengan Jep ni”

Hahaha part ni berdekah betul tadi

Hahaha