Chef Wan Bayar Jururawat Hampir RM6K Sebulan Untuk Jaga Mak, “Duit Boleh Cari, Ibu Segalanya…”

Sponsored

Sesiapa sahaja pastinya akan cuba memberikan yang terbaik kepada kedua ibu bapa bagi membalas jasa mereka. Itulah yang dilakukan oleh chef selebriti terkenal, Chef Wan yang menjadi inspirasi ramai dalam berbakti kepada kedua orang tua.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Chef Wan memberitahu dia kini telah mengupah jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah. Seperti yang diketahui ramai, ibu kepada chef selebriti ini menghidap penyakit Demensia dan memerlukan penjagaan rapi.

Sponsored

Menurutnya, dia melantik jururawat khas yang akan bertugas bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Difahamkan, Chef Wan membayar hampir RM6,000 sebulan untuk mengupah jururawat bagi menjaga ibunya itu.

Walaupun menelan kos yang tinggi, dia berasa senang dan gembira apabila ada yang akan menemani ibunya semasa di rumah. Malah dia memberitahu duit boleh dicari namun ibunya itu adalah segala-galanya dalam hidupnya.

Sponsored

“Takpe la duit boleh cari ibu adalah segala-galanya. Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberi ibu penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tak payah lah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.”

Chef Wan turut menasihati orang ramai untuk menjaga ibu mereka dengan baik dan memberikan kebahagiaan, keselesaan dan kasih sayang sepenuhnya. Selain itu, dia turut berkata mereka yang membantu ibu bapa akan dikurniakan hidup dan akhirat yang diberkati.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.