Nampaknya scroll sahaja ruangan aplikasi popular ini, Syifa Melvin antara yang hangat menjadi sorotan ramai. Mana tidaknya, tahu-tahu sahaja dia sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid dengan sekali lafaz pada malam Isnin lalu.
Berita gembira itu disambut baik oleh peminat Syifa Melvin mahupun Safawi Rasid apabila pasangan sama cantik, sama padan ini membuatkan ramai memuji keserasian mereka. Meskipun begitu, tentu sahaja Syifa Melvin sangat menjadi bualan ramai.
Syifa Melvin berterusan jadi sorotan ramai
Ini kerana pemilihan busana Syifa Melvin di majlis pernikahannya sangat memukau warganet sehingga digelar sebagai perempuan Turki. Tambahan pula solekan di wajah Syifa Melvin cukup menaikkan seri wajahnya sebagai pengantin.
Perkara itu membuatkan Syifa Melvin menerima pujian ramai dimedia sosial. Meskipun Syifa Melvin sering dilihat mengenakan makeup diwajahnya, usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal ini tetap kelihatan jelita di hari pernikahannya pada 28 November lalu.
Makeup Syifa Melvin dipuji
Kejelitaan Syifa Melvin itu membuatkan dia menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari ini dan ternyata difahamkan dua orang jurusolek telah mengenakan makeup tersebut kepada dirinya.
‘Walaupun dia dah biasa bermakeup, tapi still seri pengantin tu naik…’
‘Dah macam Gigi Hadid pulak, cantik betul’
‘Style dia macam pengantin Turki. Selalu tengok tapi tak pernah nampak bride Malaysia pakai hehe, first time lawa’